MERINTIS KELAINAN HOT LINE 012-574 7869 (ZUMAL)

Minyak Zaitun


Nabi SAW telah berpesan agar kita menggunakan dan memakai zaitun sebagai minyak. Untuk pertama kalinya dalam sejarah, ada enam belas pakar kedoktoran paling tersohor di dunia berkumpul di Rom pada  21 April 1997, untuk menerbitkan beberapa penulisan tentang tema “Minyak Zaitun dan Nutrisi Laut Putih Tengah”.

 Dalam pernyataan tersebut, mereka menegaskan bahawa mengguna minyak zaitun boleh melindungi tubuh dari serangan penyakit jantung koroner, kenaikan kolesterol darah, kenaikan tekanan darah, serta sakit diabetes dan obesiti, di samping minyak zaitun juga berkhasiat mencegah terjadinya beberapa jenis kanser.

Minyak Zaitun Mengurangi Kolesterol Berbahaya
Berbagai kajian membuktikan adanya fakta yang tidak menimbulkan keraguan lagi, bahawa minyak zaitun menurunkan total kadar kolesterol dan kolesterol berbahaya, tanpa mengurangi kandungan kolesterol yang bermanfaat.

Minyak Zaitun Mengurangi Risiko Terjadinya Penyumbatan (Trombosis) dan Penebalan (Arteriosklerosis) Pembuluh Darah
Dalam sebuah kajian yang disiarkan pada bulan Disember tahun 1999 di Majalah AMJ CLIN NUTRL, para pemerhati menyatakan bahawa nutrisi yang kaya kandungan minyak zaitun dapat mengurangi pengaruh negatif lemak dalam makanan terhadap terjadinya pembekuan darah, dan selanjutnya mengurangi terjadinya penebalan pembuluh nadi jantung.

Minyak Zaitun Menurunkan Angka Kematian
Sebuah pengajian yang disiarkan dalam majalah Lanst yang terkenal pada 20 Disember 1999, menunjukkan bahawa negara paling miskin di Eropah, iaitu Albania, yang berpenduduk Muslim, memiliki keistimewaan sedikitnya angka kematian di sana. Angka kematian di Albania di kalangan lelaki adalah 41 orang dari setiap 100,000 orang, separuh dari keadaan di Britain. Hal itu dipengaruhi oleh penggunaan minyak zaitun dalam makanan para penduduk Albania.

Minyak Zaitun Mengurangi Penggunaa Ubat-ubatan Penurun Tekanan Darah Tinggi
Sebuah pengajian yang dilakukan oleh Dr. Aldovaroro di Universiti Napoli Itali dan disiarkan dalam Majalah Archives of Internal Medicine, tanggal 27 Mac 2000, dimana beliau telah mengadakan ujian terhadap 32 pesakit yang terkena penyakit tekanan darah tinggi dan mereka itu mengguna ubat-ubatan untuk darah tinggi.
Hasilnya menunjukkan penurunan tekanan darah dalam kadar 7 poin di kalangan mereka yang menggunakan minyak zaitun.

Minyak Zaitun Mengurangi Serangan Kanser
Para pemerhati menyatakan bahawa sebab menurunnya rasio kematian akibat serangan kanser di Laut Putih Tengah adalah kerana makanan penduduk negeri tersebut mengandungi minyak zaitun sebagai sumber utama lemak, di samping mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan dan kol.

Minyak Zaitun Mencegah Timbulnya Kanser
Profesor Asman, Ketua Akademi Kajian Arteriosclerosis di Universiti Monstar, Jerman, dia merupakan pemerhati yang paling menonjol di dunia di bidang kedoktoran dan arteriosclerosis, dia berkata, “Penggunaan minyak zaitun boleh melindungi tubuh dari serangan sejumlah kanser lainnya, di antaranya kanser colon, kanser rahim, kanser ovarium, sekalipun jumlah pengkajian ini masih terlalu minima.”

Minyak Zaitun dan Kanser Payudara
Sebuah pengkajian yang disiarkan di bulan November 1995 yang dilakukan terhadap 2,564 wanita yang terkena kanser payudara, menegaskan bahawa ada korelasi terbalik antara kemungkinan terjadinya kanser payudara dengan penggunaan minyak zaitun, dan bahawa banyak mengguna minyak zaitun  melindungi seseorang dari serangan kanser payudara.

Sebuah pengkajian yang disiarkan dalam Majalah Archives of Internal Medicine edisi Ogos 1998 menegaskan bahawa penggunaan sesudu makan minyak zaitun setiap hari boleh mengurangi bahaya terjadinya kanser payudara sampai pada kadar 45%.

Minyak Zaitun dan Kanser Rahim
Majalah Kanser Britain menyiarkan di bulan Mei 1996 sebuah pengkajian yang dilakukan terhadap 145 wanita Yunani yang terkena kanser rahim. Para pengkaji membandingkan antara wanita-wanita yang terkena kanser rahim tersebut dengan wanita-wanita yang banyak mengguna minyak zaitun. Ternyata, para wanita yang mengguna minyak zaitun lebih sedikit yang terkena kanser rahim. Di mana kemungkinan terjadinya kanser pada mereka turun sampai 26%.

Minyak Zaitun dan Kanser Perut
Sejumlah kajian ilmiah modern menunjukkan bahawa mengguna minyak zaitun secara teratur boleh mengurangi terjadinya kanser Perut. Tapi masih diperlukan berbagai kajian ilmiah lanjutan mengenai hal ini.

Minyak Zaitun dan Kanser Colon
Ada juga beberapa kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan buah-buahan, sayur-sayuran, dan minyak zaitun, memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh dari serangan kanser colon.

Minyak Zaitun dan Kanser Kulit (Melanoma)
Majalah Dertmatdogg Times edisi bulan Ogos 2000 menyebutkan sebuah kajian yang menunjukkan bahawa meng-gunakan minyak zaitun setelah berenang sebagai krim kulit dan berjemur akan melindungi terjadinya kanser kulit (melanoma).

Minyak Zaitun Berkhasiat Untuk Air Susu Ibu (ASI)
Dalam sebuah kajian modern yang disiarkan di bulan Februari 1996 di Universiti Barcelona, Sepanyol yang dilakukan terhadap empat puluh wanita yang menyusui anak, diambil contoh ASI dari mereka. Para pengkaji menemukan bahawa kebanyakan lemak yang terkandung di dalam ASI termasuk jenis lemak yang berantai tunggal. Jenis lemak ini dikategorikan sebagai lemak terbaik yang seharusnya digunakan oleh manusia dan itulah jenis lemak yang terkenal terdapat dalam minyak zaitun.

Minyak Zaitun Mengurangi Peradangan Sendi
Majalah AMJ CLIN NUTR edisi November 1999, menyiarkan sebuah pengkajian yang dilakukan terhadap 145 pasien pengidap sakit persendian seperti arthritis di Yunani Utara. Mereka dibandingkan dengan 108 orang yang sihat. Dalam penelitian ini terlihat bahawa penggunaan minyak zaitun boleh melindungi tubuh dari terjadinya penyakit ini.

Minyak Zaitun Membunuh Kutu Kepala
Beberapa kajian yang dilakukan di beberapa Universiti dan Akademi di Amerika, tentang kutu kepala, menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun sebagai minyak rambut yang terkena kutu, dalam beberapa jam saja boleh membunuh kutu yang ada di kepala.